TENTANG KAMI

Aza Furniture Enterprise telah diasaskan oleh Encik Abdul Khalil B. Sidek sejak tahun 1996 dan sejak itu ia telah membina ribuan perabot kediaman dan komersial di serata Lembah Klang.

Antara kabinetri kediaman paling popular dalam perusahaan kami adalah kabinet dapur, wardrobe, kabinet peragaan dan hiasan, kabinet buku, kabinet tv, kabinet kasut dan seumpamanya.

Antara perabot komersial pula adalah seperti kabinet fail, kaunter perkhidmatan dan pelbagai lagi.

Untuk mendapat sebutharga dari kami, anda boleh wasap gambar ruang binaan berserta ukuran lebar dinding dan tingginya. Jika anda mempunyai bajet tertentu, sila maklumkan bagi memudahkan kami selaraskan dengan design cadangan.

Sebutharga akan diberi berdasarkan design serta jenis material yang dicadangkan.

Jika anda bersetuju dengan cadangan dan sebutharga, kami akan datang ke tapak untuk mengambil ukuran tepat dan memuktamadkan spesifikasi serta detail seperti material, warna, aksesori dan sebagainya.

Selepas deposit diterima, kami akan membuat pembelian untuk material kabinet anda. Ketika proses pembuatan, kami akan memaklumkan kepada anda cadangan tarikh pemasangan.

Biasanya keseluruhan proses sehingga siap akan mengambil masa dari 2 minggu ke sebulan bergantung kepada kepadatan jadual kerja kami dan kompleksiti projek berkenaan.

Aza Furniture Enterprise
308, Batu 4, Jalan Kg Jawa,
Ladang Harun,
41000 Klang, Selangor.

Telefon/Wasap: 013 444 1198 Encik Nazli
Direct Wasap Klik: Wasap Encik Nazli


ALIRAN PROSES PROJEK

TERIMA INKUIRI PELANGGAN
(Untuk cadangan & sebutharga)
(Wasap imej ruang & ukuran)
(Perlu lawatan tapak)
|
CADANGAN & SEBUTHARGA
(Termasuk design & spesifikasi)
|
PENILAIAN PELANGGAN
(Jika okay, perbincangan seterusnya)
|
MUKTAMADKAN PERSETUJUAN
(Lawat tapak & pilih material)
(Mungkin ada pelarasan sebutharga)
|
PEMBAYARAN DEPOSIT
|
PEMEROLEHAN MATERIAL
PROSES PEMBUATAN
|
PEMASANGAN
|
INSPEKSI PELANGGAN
(Pelanggan okay - terima bayaran)
(Pelanggan komplen - buat pembaikan)
TERIMA BAKI BAYARAN PENUH

Comments