Soket Elektrik


Apabila merancang kabinet dapur antara kemudahan penting yang anda perlu fikir dan tetapkan dari awal adalah bilangan soket elektrik yang anda perlukan dan di mana lokasi ia perlu dipasang.

Dapur anda akan dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan perkakasan elektrik. Antaranya peti sejuk, hood, oven, mikrowave, penapis air, periuk nasi, cerek elektrik, pembuat kopi, pembakar roti dan sebagainya.

Jika anda tidak melengkapkan soket secukup atau tidak menyediakannya di tempat yang betul, anda akan menghadapi masalah atau terpaksa mengeluarkan kos lagi untuk membuat wiring tambahan atau membuat pembetulan.

Rancang pendawaian elektrik untuk keperluan soket-soket dengan tepat dari awal kerana kabel elektrik perlu ditanam di dalam dinding. Jika dinding telah dipasang jubin, kabinet dapur pun dah siap kemudian baru fikir pasal soket tak cukup atau tak berada di tempat yang betul, kepala boleh jadi sakit.

Sebagai pembuat kabinet kami tak bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pendawaian elektrik. Jika kabinet dapur anda telah siap dipasang tetapi soket tak cukup atau tak berada di tempat sepatutnya kami tak boleh buat apa-apa.

Untuk mengelakkan masalah soket berlaku, buat perancangan awal bersama kami. Selesaikan dulu design atau rekaletak kabinet dapur supaya sebarang perubahan atau penambahan atau lokasi soket dapat ditentukan dengan tepat.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments