Simpan Hanya Yang Perlu


Salah satu tips penjagaan kabinet dapur supaya bukan saja nampak kemas dan tahan lebih lama adalah, simpan hanya yang diperlukan saja.

Dapur sering kelihatan sesak, tidak terurus dan cepat rosak kerana ia terpaksa menampung terlalu banyak barang yang sebenarnya tak diguna.

Di rak pinggan mangkuk cawan, letak sekadar cukup untuk kegunaan harian setiap ahli keluarga saja. Perkakasan memasak pun sama. Pilih yang dipakai saja.

Jika ingin memiliki koleksi pinggan mangkuk dan periuk belanga extra untuk digunakan sekali sekala pun, biar sekadar memadai. Dapur anda bukan stor towkay katering.

Barangan berlebihan bukan saja akan menyesakkan dapur anda malah ia akan menyebabkan anda malas untuk mengemas. Dan akhirnya ruang dapur menjadi sendat, padat, tidak terurus dan cepat rosak.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments