Penjagaan Penting
Semua material yang digunakan dalam pembuatan kabinet mampu berfungsi dan bertahan untuk kegunaannya.
Memang ada material yang mungkin lebih tahan lasak berbanding yang lain. Tetapi tabiat penjagaan juga sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan jangkahayat kabinet anda.
Jika anda memilih material yang mahal kerana inginkan ketahanan maksima tetapi anda menggunakannya secara berlebihan, kasar dan mengabaikan penjagaannya, ia mungkin akan lebih cepat rosak berbanding kabinet dari material yang murah tetapi dijaga dengan baik dan digunakan mengikut batas yang sesuai.
Sebagai analogi, kereta Proton yang berharga RM40k mungkin lebih elok keadaannya berbanding kereta BMW yang berharga RM300k selepas 10 tahun digunakan. Rahsianya adalah cara kedua-duanya diguna dan dijaga.
Oleh itu samada kabinet anda dari material murah atau mahal, gunakanlah dengan berhemah dan ambil berat penjagaannya.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment