Pemegang Pintu


Pemegang atau tombol atau handle pintu adalah keperluan bagi sebarang bentuk kabinet berpintu. Bagi pintu kabinet yang menggunakan flush aluminium frame handle, soal handle tidak ada sebarang isu.

Bagi pintu yang memerlukan handle, kebanyakan pembuat kabinet akan memasang handle pilihan mereka tanpa merujuk tuan rumah. Lebih-lebih lagi jika ia dalam kategori bajet.

Tetapi sebagai tuan rumah anda sebenarnya boleh memilih sendiri handle yang ingin anda pasang untuk kabinet anda. Ada beberapa gaya handle atau tombol pintu dalam pasaran. Misalnya kontempoari, klasik dan moden.

Ada yang  berbentuk biasa, bar, flush, tombol dan sebagainya. Ada yang dibuat dari plastik, aloi, aluminium, stainless steel dan lain-lain. Harganya juga berbeza dari beberapa ringgit seunit sehingga puluhan atau ratusan ringgit.

Jika anda ingin memilih sendiri handle untuk kabinet anda, sila lawati kedai-kedai yang menjual aksesori kabinet dan buat pilihan sendiri. Beritahu pembuat kabinet anda bahawa anda akan menyediakan handle untuk mereka pasang dari awal perbincangan.

Apa yang penting pastikan ada pilih design atau gaya handle yang sesuai dengan konsep dan warna kabinet anda. Pastikan beli dengan jumlah yang cukup untuk semua pintu yang memerlukannya.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments