Paip Sinki

Kepala paip jenis wall mounted.

Paip sinki ada 2 bahagian iaitu air masuk dan air keluar. Dalam merancang pembinaan kabinet perkara tentang paip sinki perlu diberi perhatian.

Bagi bahagian paip air masuk, iaitu air dari sumber air paip ke sinki, anda mempunyai 2 pilihan kepala paip atau sink tap. Yang pertama, yang dipasang di dinding (wall mounted) dan kedua, yang dipasang di table top atau di atas sinki (top mounted).

Jenis wall mounted bermaksud anda perlu menyiapkan outlet paip di dinding di atas kedudukan sinki ( biasanya 2 - 4 inci dari permukaan sinki).

Oleh kerana paip outlet dipasang di dalam dinding anda kena pastikan kedudukan outlet benar-benar tengah kedudukan sinki yang akan dipasang nanti.
Kepala paip jenis top mounted.

Jenis top mounted bermaksud kepala paip atau sink tap dipasang di atas table top atau di atas sinki itu sendiri. Oleh itu outlet paip perlu berada di bawah paras table top atau dengan kata lain di dalam kabinet bawah sinki.

Flexible hose akan digunakan bagi menyambung sumber air dari outlet ke kepala paip jenis top mounted.

Bagi outlet air keluar dari sinki pula, pastikan ia cukup rendah jika letaknya di dinding bagi membolehkan set perkakasan selepas sinki seperti penapis dan sebagainya mempunyai ruang mencukupi untuk dipasang. Jika boleh diletak di atas lantai, lebih baik.

Outlet air keluar terletak di atas lantai.

Dalam hal sistem paip sinki, saya nasihatkan anda periksa dulu jenis-jenis kepala paip dan sinki di pasaran supaya anda dapat idea jenis-jenis atau bentuk-bentuk yang bagaimana yang anda sukai sebelum memulakan kerja renovasi atau membuat kabinet dapur.

Jika jumpa yang berkenan lebih baik anda terus beli supaya tukang anda boleh menyelaraskan sistem paip sinki anda mengikut perkakas yang telah anda sediakan.

Pembuat kabinet biasanya tidak menawarkan kerja-kerja paip kecuali membantu membuat penyambungan biasa ketika mereka memasang sinki.

Oleh itu sebelum kerja-kerja pemasangan kabinet dapur dijalankan pastikan outlet air masuk dan outlet air keluar telah berada di lokasi sepatutnya - sedia untuk sambung.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments