Kenapa Tak Boleh Siap 3 Hari?


Kenapa kami tak boleh siapkan tempahan kabinet anda dalam tempoh 3 hari? Ada syarikat boleh siap pasang dalam 3 hari saja.

Baiklah. Jika ada syarikat yang boleh siapkan tempahan kabinet anda dalam tempoh 3 hari kemungkinan besar kerana mereka adalah pembuat kabinet modular.

Pembuat kabinet modular memasarkan rekaan-rekaan atau model-model kabinet yang standard. Mereka sudah buat stok model-model kabinet mereka. Anda cuma perlu pilih model mana yang anda suka dari koleksi yang mereka tawarkan.

Contoh syarikat yang menjual kabinet modular adalah Ikea. Anda boleh pilih model kabinet yang mereka tawarkan melalui katalog atau online saja. Bila anda membeli, mereka boleh terus datang pasang model kabinet yang anda beli.

Tetapi bagi pembuat kabinet kustom seperti kami, kami tidak ada model atau rekaan kabinet yang standard. Kami buat mengikut kehendak anda dan ukuran sebenar ruang pembinaannya. Jenis bahan, jenis pintu, warna pintu, aksesori dan sebagainya semua anda yang akan pilih.

Maknanya apabila anda membuat tempahan barulah kami akan membuat pembelian material, menyusun tarikh pembuatan di bengkel selaras dengan beban kerja yang sedia ada dan menjadualkan pemasangan mengikut giliran.

Proses pembelian material mungkin perlukan masa 2 - 3 hari atau lebih sebelum ia dihantar oleh pembekal. Kemudian kami mungkin masih dalam proses membuat tempahan-tempahan yang terdahulu sebelum boleh memulakan pembuatan tempahan anda.

Mengambilkira semua faktor kami hanya boleh menyiapkan sesuatu tempahan seawal 2 minggu dari tarikh ia dimuktamadkan. Jika beban kerja semasa kami tinggi atau tempahan anda besar atau banyak, masa yang diperlukan akan menjadi lebih panjang.

Walau apa pun, oleh kerana membuat kabinet adalah punca rezeki kami, kami sentiasa cuba menyiapkan tempahan pelanggan secepat mungkin. Lebih cepat, lebih baik.

Cuma sudah tentu kami tak akan mampu menyiapkan kabinet anda dalam tempoh 3 hari sebagaimana ditawarkan oleh pembuat kabinet modular atas faktor-faktor yang saya jelaskan di atas.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments