Fahami Material Kabinet Anda
Pembuatan kabinet boleh menggunakan pelbagai jenis material. Bagaimanapun material untuk badan atau karkas tidak begitu pelbagai. Antara yang paling popular adalah melamine (chipboard), laminate (biasanya blockboard), ply bertetulang (solid) dan aluminium (kabinet aluminium sepenuhnya).
Tetapi bagi pintu, pilihan material adalah lebih banyak. Antara material untuk pintu adalah seperti melamine, laminate, solid wood, aluminium (fully aluminium), kaca, arkrilik, laminated MDF board, etc. Bagi kabinet pintu bukan sekadar sebagai penutup tetapi ia memberi karakter dan nilai hiasan.
Setiap material berbeza-beza harganya. Biasanya harga menjadi faktor pemilihan. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mempunyai kekangan bajet, faktor ketahanan atau kecantikan lebih menjadi pertimbangan.
Biar apa pun pilihan anda, pastikan anda menerima material yang anda pilih dan bayar.
Misalnya, frame aluminium untuk pintu melamine, laminate, glass dan sebagainya tidak bermakna kabinet anda kabinet aluminium. Kabinet aluminium akan menggunakan aluminium sepenuhnya termasuk badan, rak dan pintunya.
Misalnya, frame aluminium untuk pintu melamine, laminate, glass dan sebagainya tidak bermakna kabinet anda kabinet aluminium. Kabinet aluminium akan menggunakan aluminium sepenuhnya termasuk badan, rak dan pintunya.
Begitu juga melamine, laminate atau MDF board bercorak nyatoh bukan bermaksud ia solid nyatoh. Hanya imej yang dicetak di atas material laminasinya saja bercorak nyatoh.
Begitu juga jika anda memilih pintu kaca 3G, 4G atau 5G. Pastikan anda tahu perbezaan ketiga-tiganya kerana masing-masing mempunyai penampilan yang berbeza dan harganya juga berbeza.
Mendapatkan kefahaman tentang pilihan material yang digunakan dalam pembuatan kabinet boleh membantu anda mengelak tertipu seperti membayar harga yang mahal untuk material yang lebih murah. Ia juga dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk nilai wang yang anda belanjakan.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment