Engsel Pintu
Ada 2 jenis engsel pintu kabinet yang mungkin anda berminat untuk tahu. Iaitu engsel biasa dan engsel soft close.
Engsel pintu jenis biasa bermaksud pintu anda perlu dibuka dan ditutup seperti biasa.
Bagaimanapun jika menggunakan engsel jenis soft close anda hanya perlu membuat sedikit tolakan apabila menutup pintu kabinet dan seterusnya pintu itu akan tertutup sendiri dengan perlahan dan lembut.
Selain nampak canggih, ia juga dapat mengelakkan pintu kabinet ditutup dengan cara dihempas dengan rakus.
Sila beritahu pembuat kabinet anda awal-awal bahawa anda ingin menggunakan engsel jenis soft close jika anda mahukan ia melengkapi kabinet anda.
Sedikit tambahan harga mungkin diminta atau jika pembuat kabinet anda bermurah hati, beliau mungkin boleh kekalkan harga asal.
Tetapi jika anda memilih untuk engsel jenama tertentu di luar bajet, bayarlah tambahan harga yang diperlukan.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment