Walk-In Wardrobe
Walk-in wardrobe boleh didefinisikan sebagai bilik wardrobe atau dengan kata lain menjadikan sebuah bilik sebagai wardrobe. Ada 2 cara untuk melakukannya.
Pertama, jadikan sebuah bilik sedia ada sebagai wardrobe. Maknanya bilik itu dilengkapi dengan kemudahan storan pakaian atau lain-lain barangan seperti kemudahan storan yang ada dalam sebuah wardrobe - ada ruang gantung pakaian, ada ruang lipatan, laci-laci dan ruang simpanan pelbagai guna lain.
Kedua, bina bilik baru untuk dijadikan wardrobe. Bilik wardrobe atau walk-in wardrobe boleh dibina dalam bilik tidur utama, misalnya. Bagi anda yang mempunyai bilik tidur yang mewah ruangnya, maka boleh diambil sebahagiannya - biasanya ruang berhadapan bilik air - untuk dijadikan bilik wardrobe.
Kelebihan walk-in wardrobe yang paling ketara sudah tentulah saiznya. Besar. Bila anda masuk ke dalam ruang itu umpama anda masuk ke dalam almari.
Kemudahan storan walk-in wardrobe biasanya tidak berpintu. Pintunya adalah pintu bilik sedia ada atau yang baru dibina.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment