Sistem Modular Vs Kustom
Kabinet dapur pada dasarnya dibina dengan 2 sistem, iaitu modular atau kustom.
Sistem modular bermaksud kabinet itu tidak dibina berdasarkan ruang sebenar. Sebaliknya ia dibina atas dasar rekaan dirinya sendiri yang dipanggil model.
Maknanya ia boleh dikeluarkan secara banyak sekaligus dan kemudian dipasarkan pada harga yang sama bagi setiap model yang serupa.
Contoh kabinetri modular adalah seperti yang dijual di Ikea.
Kabinet kustom pula dibina mengikut ruang sebenar atau mengikut kehendak unik pelanggan. Maknanya tidak ada satu pun kabinet kustom sama dengan yang lain.
Dari segi kos, kabinet modular lebih murah kerana ia boleh dikeluarkan secara banyak melalui pendekatan production line. Kos material material boleh dikurangkan melalui penggunaan bahan uniform dan pembelian secara pukal.
Sebaliknya kos pembuatan kabinet kustom lebih mahal kerana ia melibatkan material yang berbeza-beza, ukuran yang berbeza-beza dan perlu dilayan pembuatannya secara satu persatu.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment