Posisi Dapur & Sinki


Dapur dan sinki adalah 2 perkakasan wajib ada dalam sesebuah ruang dapur. Dalam merancang susunatur, anda perlu memastikan kedua-dua perkakasan ini diletakkan di posisi yang betul.

Posisi dapur elok berhadapan dengan dinding yang dilekapi dengan bahan sesuai sebagai backsplash bagi memudahkan ia dicuci.

Dapur banyak menghasilkan percikan minyak dan sisa masakan, oleh itu ia tidak sesuai diletak di bahagian tingkap kerana tingkap cepat kotor dan susah dibersihkan.

Haba panas juga boleh mengakibatkan cermin tingkap pecah selain gangguan angin ke atas api dapur mungkin akan melambatkan proses pemanasan masakan.

Sinki pula elok diletakkan di bahagian tingkap kerana ia memberi kesegaran kepada anda semasa melakukan kerja-kerja di situ. Udara luar juga membantu kawasan sinki cepat kering.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments