Pintu Wardrobe
Biasanya ada 2 jenis pilihan untuk pintu wardrobe iaitu jenis swing atau jenis slide. Jenis pintu wardrobe tidak memberi sebarang kesan kepada bagaimana wardrobe berfungsi.
Bahagian dalam wardrobe tidak perlu berubah hanya kerana pintunya berbeza jenis. Ada 2 sebab mengapa jenis pintu menjadi faktor.
Pertama, kos. Pintu swing berharga lebih murah dari jenis slide. Pintu slide biasanya dibina dari kaca dengan bingkai aluminium kerana ia tidak meleding. Jika bahan pintu slide meleding, ia boleh mengganggu kelancaran sistem landasan yang digunapakai.
Kedua, ruang. Ada kala pintu slide terpaksa dipilih kerana ruang di depan wardrobe sangat terhad. Jika menggunakan pintu swing ia mungkin tidak boleh dibuka sepenuhnya atau mengganggu laluan kerana ada halangan seperti katil dan sebagainya.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment