Pintu Kaca
Kaca adalah antara material paling popular sebagai pintu kabinet, samada kabinet dapur atau wardrobe.
Ada orang bertanya, tidakkah pintu kaca mudah pecah atau berbahaya?
Saya telah lama terlibat dalam bidang rekaan dan pembuatan kabinet dan sudah banyak memasang pintu-pintu kaca samada 3G, 4G dan 5G untuk kabinet dapur dan pintu kaca sliding anti jump untuk wardrobe.
Setakat ini belum ada lagi pelanggan saya yang mengadu pintunya pecah. Mungkin ada orang yang pernah mengalami pintu kaca mereka pecah tetapi amat jarang berlaku dan kemungkinan kalau berlaku pun akibat kecuaian.
Pintu kaca sangat elok kerana ia tidak lapuk, mudah dibersihkan dan sentiasa berkilat.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment