Harga Kabinet Dapur


Harga kabinet dapur bergantung kepada banyak faktor. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi harga kabinet dapur adalah seperti saiz keseluruhan, jenis material pintu, jenis table top, aksesori dan sebagainya.

Kadang-kala kerumitan design juga boleh menjadi faktor. Tetapi bagi design moden faktor ini biasanya tidak memainkan peranan.

Pemilik rumah hari ini mempunyai kelebihan dalam soal harga kerana kehadiran banyak pembuat kabinet di platform online telah memudahkan mereka melakukan "survey harga".

Jika mahu membuat survey harga dari beberapa pembuat, pastikan ia berdasarkan design yang sama dan material yang sama.  Jangan dapat harga murah sebab design dan material yang ditawarkan lebih inferior dari segi design dan materialnya.

Pastikan pembuat kabinet yang dipilih bukan saja menawarkan harga terbaik untuk design yang sama tetapi pastikan mereka juga benar-benar berpengalaman dan ada track record yang panjang dalam industri ini.

Aza Furniture Enterprise sudah beroperasi sebagai kilang pembuat kabinet sejak tahun 1996. Kehadiran dalam tempoh yang begitu panjang adalah suatu testimoni tentang kemampuan kami menawarkan khidmat dan hasil kerja yang baik serta harga yang kompetitif kepada para pelanggan.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments