Bina Table Top Sekadar Cukup
Anda mungkin antara mereka yang beruntung kerana dapat membina rumah dengan ruang dapur yang besar. Atau anda ubahsuai ruang dapur rumah anda dan sekarang ia bertambah besar.
Dengan ruang dapur yang besar, anda mempunyai pilihan yang lebih terbuka untuk mengatur dapur berbanding mereka yang memiliki ruang dapur terhad.
Dari pengalaman saya, ada pemilik ruang dapur besar membina table top sepanjang ruang yang ada. Ada di antaranya membina table top sehingga 30-40 kaki jumlah panjangnya.
Hanya kerana anda mempunyai banyak ruang untuk table top, tidak semestinya anda perlukannya. Ini kerana table top sering dipergunakan untuk meletak pelbagai barangan dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya dapur anda nampak bersepah dan sukar dikemas.
Bina table top sekadar cukup untuk kegunaannya saja walaupun ruang dapur anda besar. Anda cuma perlu pastikan table top anda cukup untuk dapur, sinki, ruang kerja dan ruang perkakasan elektrik.
Kawasan selebihnya boleh dibina tall storage unit untuk sistem storan bertutup. Atau kalau belum ada bajet, biarkan saja ia kosong supaya anda boleh merancang kegunaan di masa depan.
Mempunyai ruang table top extra adalah suatu kemewahan. Tetapi mempunyai terlalu banyak ruang table top extra akan menyebabkan ia disalahguna menjadi ruang meletak pelbagai barang dan mengakibatkan dapur anda jadi "semak".
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment