Bila Ubahsuai Ruang Dapur


Apabila anda merancang untuk membuat pengubahsuaian ruang dapur, eloklah anda panggil pembuat kabinet dapur seperti kami sebelum memulakan apa-apa kerja.

Ini penting untuk memastikan susunatur ruang dan kabinet dapur yang dirancang benar-benar ideal dan menggembirakan hati.

Kebanyakan kontraktor ubahsuai, lebih-lebih lagi yang dari kalangan pendatang asing, langsung tidak fasih dalam hal ehwal kabinet dapur.

Banyak masalah boleh berlaku akibat kegagalan merancang kabinet dapur dari awal dan ini boleh menyebabkan anda kecewa atau kerugian wang ringgit kerana terpaksa membuat pelbagai kerja pembetulan.

Antara masalah yang sering berlaku adalah seperti,

    1.  Paip air masuk dan keluar tidak diselaraskan semula dengan betul.

    2.  Pendawaian elektrik tidak mencukupi atau tidak berada di tempat yang betul.

    3.  Ketinggian table top  yang kurang sesuai.

    4.  Bahagian table top tidak dirancang dengan baik sehingga mengakibatkan masalah lebihan atau kekurangan ruang.

    5.  Lokasi lampu tidak sesuai.

Jika ruang dapur anda sudah siap sepenuhnya, lengkap dengan kemasan lantai dan jubin dinding, tiba-tiba salah satu isu di atas muncul, maka anda akan berhadapan dengan dilema samada membuat pembetulan atau pasrah dalam kecewa.

Membuat pembetulan bermakna kos anda meningkat.

Sebab itulah penting untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari pembuat kabinet dapur dari awal.

-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli

Comments