Beli Perkakasan Lebih Awal
Ada beberapa perkakasan atau peralatan atau aksesori dapur yang elok anda beli dahulu sebelum berurusan dengan pembuat kabinet dapur.
Antaranya set dapur, hood, sinki, peti sejuk, oven, microwave oven atau apa-apa saja yang perlu dipasang sebagai built-in.
Sesetengah pembuat kabinet menawarkan pakej termasuk perkakasan tertentu, tetapi pada pandangan saya seelok-eloknya anda survey dan beli sendiri perkakasan atau peralatan atau aksesori dapur anda.
Ini kerana perkakasan itu ada pelbagai jenama, pelbagai spesifikasi, pelbagai design, pelbagai harga - maka adalah lebih baik anda sendiri membuat pilihan dari semua pilihan yang ada bagi memastikan citarasa anda benar-benar dipenuhi.
Apabila anda telah menyediakan semua perkakasan yang diperlukan, pembuat kabinet anda boleh terus menyelaraskan perkakasan yang berkenaan di dalam design dan pembuatan kabinet dapur anda.
Ini akan memudahkan semua pihak di samping untuk memastikan tidak ada isu salah saiz, terlepas pandang dan sebagainya.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment