Badan Kabinet Dapur
Badan kabinet dapur yang berasaskan kayu atau komposit kayu biasanya ada 3 jenis iaitu,
1. Melamine
2. Laminate
3. Ply bertetulang
Material paling popular dan paling banyak digunakan sebagai untuk badan kabinet adalah melamine. Melamine adalah kepingan chipboard yang siap berlaminasi dengan pelbagai corak dan warna.
Laminate pula biasanya menggunakan blockboard yang dilaminasi dengan lapisan melamin bercorak atau berwarna. Tidak seperti chipboard yang telah siap dilaminasi dari kilang, laminasi untuk blockboard dilakukan oleh pembuat kabinet seperti kami.
Dari segi penampilan, laminate tidak jauh berbeza dengan melamine. Tetapi kos laminate lebih mahal berbanding melamine kerana proses kerjanya lebih.
Ply bertetulang pula biasanya untuk kabinet yang dipanggil solid. Misalnya solid nyatoh menggunakan ply bertetulang. Maksudnya badan kabinet dibina dengan kepingan ply yang diperkukuhkan dengan kayu solid sebagai tetulangnya.
Bahagian ply yang kelihatan akan menggunakan ply yang dikemasi veneer kayu berjenama seperti nyatoh, semangkok sebagainya dan diwarnai dengan varnish atau cat. Kos bagi badan jenis ini lebih tinggi kerana lebih banyak proses kerja diperlukan.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment