Asas Wardrobe
Kelebihan wardrobe kustom adalah ia boleh dibina pada saiz paling maksima yang dibenarkan oleh sesebuah ruang dari segi lebar dan tingginya.
Wardrobe bukan saja diperlukan untuk menyimpan pakaian malah ia juga diperlukan untuk pelbagai barangan tambahan rumahtangga lain seperti langsir, bantal, toto; selain barangan-barangan peribadi lain.
Sebab itulah setiap bilik memerlukan wardrobe, sebesar yang boleh.
Pada dasarnya ruang dalaman wardrobe adalah lebih kurang standard. Ada ruang gantung pakaian, ada rak untuk bahagian lipatan dan laci. Ruang penyimpanan bahagian atas pula biasanya untuk barangan bukan pakaian.
Ada sesetengah wardrobe dikombinasikan dengan ruang mekap. Ada ruang mekap di dalam wardrobe itu sendiri, ada juga yang dikhaskan ruangnya sendiri. Semuanya bergantung kepada saiz ruang yang ada. Jika besar, maka ada pilhan untuk design.
Wardrobe yang direka dengan bijak boleh memastikan setiap ruang dimanfaatkan sepenuhnya.
-----------------
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Nak buat kabinet di kediaman anda?
Hubungi Encik Nazli @ 013 444 1198.
Direct Wasap, klik: Wasap Encik Nazli
Comments
Post a Comment